Keusahawanan
Nama : Puan Haslinah Binti Mustapa
Nama Perniagaan : Beauty House
Jenis Perniagaan : Jurumekap dan Menjual barangan kosmetik
Puan Haslinah Mustapa merupakan seorang jurumekap untuk perkahwinan dan majlis sekitar Semporna dan Tawau. Selain itu, beliau juga mempunyai kedai menjual barangan kosmetik yang diberi nama “Beauty House”, beroperasi di Taman Miramas Semporna. Dalam usaha untuk membantu usahawan lain di Semporna, Puan Haslinah memberi peluang kepada usahawan yang mempunyai produk sendiri untuk memasarkan produk mereka secara offline dengan menyediakan perkhidmatan sewaan box dengan kadar bayaran yang rendah.
Pada awal penglibatan dalam perniagaan beliu tidak tahu cara untuk menggunakan Fb Page untuk mempromosikan perkhidmatan yang dijalankan, beliau telah datang ke Pusat Internet untuk belajar dan terbukti dengan hebahan yang dilakukan perkhidmatan yang ditawarkan Puan Haslinah lebih dikenali.
Nama: Mohd Noh Wan Syah
Nama Perniagaan: NK CAT GROMING SALON
Jenis Perniagaan: Perkhidmatan Penjagaan Haiwan
En Mohd Noh Wan Syah, merupakan salah seorang usahawan yang menyediakan perkhidmatan grooming bagi haiwan peliharaan di daerah ini. Beliau memulakan perniagaannya sejak awal tahun 2018 dan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat setempat. Minat mendalam terhadap haiwan peliharaannya, merupakan tunggak utama perniagaan ini bermula.
Caj Perkhidmatan yang bersesuaian dengan servis merupakan tarikan utama perniagaan En Mohd Noh untuk terus mendapat kepercayaan pelanggannya.
Antara servis grooming yang disediakan adalah membersihkan bulu kucing, memandikan dan memotong kuku serta Cat Hotel.
Sekiranya berminat untuk menggunakan servis beliau, boleh hubungi En Moh Noh di talian 019- 8081720 ataupun melalui laman facebook NK Cat Grooming Salon.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Nama: Cik Saranah Binti Ismail
Nama Perniagaan: SJANNAH SCARF
Jenis Perniagaan: Barang Keperluan Wanita ( Pakaian)
Cik Saranah meruapakan antara Usahawan muda Pusat Internet Kg Bubul Lama yang berani mengendalikan perniagaan secara dalam dan luar talian. Pada awalnya aktif menjual pakaian wanita, tudung dan menerima tempahan jahitan pakaian dan langsir di kedai milik beliau sahaja iaitu Sjannah Scarf juga menjual pelbagai barangan keperluan dan aksesori Wanita. Disamping itu, Cik Saranah juga terkenal dengan penghasilan jahitan yang kemas dan menjadi pilihan penduduk tempatan.
Trend perniagaan tempatan yang menggunakan platform digital sebagai medium untuk meluaskan pemasaran produk juga menyebabkan Cik Saranah juga perlu mempelajari teknik yang sepatutnya beliau aplikasikan bagi memperkenalkan produknya.
Beliau sering datang ke Pusat Internet untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat tentang kaedah mempromosikan Perniagaannya dan cara pengiklanan berkesan. Pada awal penglibatan dalam perniagaan online beliau tidak tahu cara untuk menggunakan Fb Page bagi tujuan promosi produknya. Kini terbukti perkongsian ilmu bersama Staff Pusat Internet telah banyak membantu pengurusan pemasaran beliau dengan lebih berkesan.
Sekiranya warga semporna ingin melihat koleksi terbaru daripada Cik Saranah boleh datang berkunjung ke Lot Kedai ataupun boleh menghubungi beliau di talian 012-3535701 untuk maklumat Lanjut
Kami dari Pusat Internet mendoakan agar perniagaan Cik Saranah akan lebih berkembang lagi dan menghasilkan pelbagai lagi signature untuk diketengahkan kepada komuniti kita.