Kisah Kejayaan
Nama : Mohd Najib Bin Mohd Ali
Umur : 13 Tahun
Alamat : Kg Bubul Lama
Tahun Menjadi Ahli PI : 2018
Mohd Najib merupakan seorang pelajar tingkatan 1, SMK Kabogan 2 Semporna. Najib merupakan seorang ahli aktif Pusat Internet sejak PI Kg Bubul Lama beroperasi februari 2018. Sebelum ini Najib hanya tahu menggunakan komputer untuk menonton youtube.
Kesungguhan Najib yang selalu datang ke PI untuk mengikuti kelas yang telah dirangka menjadikan beliau antara salah seorang Ahli yang kini sudah mempunyai kemahiran komputer lebih baik daripada sebelum ini.
Kini beliau mengetahui kegunaan Microsoft office word, membuat slide pembentangan menggunakan power point, mencari rujukan dan maklumat untuk di manfaatkan terutamanya untuk menyelesaikan tugasan sekolah.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Nama: Mohd Yusry Aqily Bin Uesop
Umur: 10 Tahun
Alamat: Kg Bubul Lama
Tahun Menjadi Ahli PI: 2018
KISAH KEJAYAAN CELIK ICT
Berumur 10 Tahun dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bubul II Semporna. Menjadi ahli Pusat Internet sejak tahun 2018 dan tinggal berdekatan PI.
Sebelum adik Aqily melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas ICT yang diadakan di PI, adik aqily tidak mengetahui cara menggunakan komputer dan tidak mempunyai akses untuk menggunakan komputer.
Selain itu, adik aqily juga hanya mengisi masa lapang selepas waktu sekolah dengan bermain bersama rakan-rakan dan menonton televisyen sahaja.
Namun setelah telibat aktif bersama PI, kini adik aqily mulai berminat untuk belajar menggunakan Komputer dan menguasai setiap perisian yang berkaitan.
Selain itu, Kelas ICT yang diikuti juga banyak membantu adik Aqily belajar menggunakan Microsoft word, Microsoft Power Point, cara Suntingan Video dan juga Pembelajaran Digital (e-learning) yang mana kesemuanya membantu meningkatkan pengetahuannya.
Kami dari pihak pengurusan Pusat Internet Kg Bubul Lama, mengucapkan Tahniah kepada adik Aqily kerana Berjaya selangkah menerokai dunia ICT, Semoga Kemudahan yang disediakan dapat memberi manfaat kepada generasi masa ini.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Nama: Mohammad Syarul Sham
Umur : 14 Tahun
Alamat : Kg Bubul Lama
Tahun Menjadi Ahli PI : 2018
CELIK ICT
Mohammad Syarul Sham Berumur 14 Tahun dan tinggal di Kampung Bubul Lama, adik sharul menjadi ahli PI pada tahun 2018 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsan Kabogan II.
Sebelum menjadi ahli PI, adik sharul mempunyai kemahiran asas menggunakan komputer bagi tujuan menyelesaikan tugasan yang diberikan di sekolah. Namun akses penggunaan yang terhad dan lokaliti yang jauh merupakan halangan utama kepada adik Shahrul untuk mempelajari dengan lebih mendalam. Ringkasnya sebelum Pusat Internet di sediakan di Kg Bubul Lama, adik Sharul tidak berpeluang mempelajari pengetahuan berkaitan ICT dengan lebih serius.
Penglibatan bersama Pusat Internet telah banyak memberi ruang kepada adik Sharul untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Kelas ICT dan Program yang diikuti juga telah banyak meningkatkan penguasaan terhadap Pembelajaran digital dan multimedia dengan lebih berani. Dari aspek personaliti pula staff Pusat Internet banyak membantu untuk meningkat keyakinan dan kemahiran sosialisasi dirinya.
Akhir sekali, Kami dari Pusat Internet berharap semoga adik Sharul terus berjaya dalam bidang pembelajaran dan berterusan untuk menerokai dunia digital yang bermanfaat untuk digunakan kelak.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Nama : Mohd Zidan Bin Sarail
Umur : 8 Tahun
Alamat : Kg Bubul Lama
Tahun Menjadi Ahli PI: 2018
KISAH KEJAYAAN CELIK ICT
Adik Zidan merupakan anak ketiga daripada 3 orang adik beradik dan tinggal berdekatan Pusat Internet, berumur 8 Tahun dan Bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bubul II.
Menjadi ahli PI, Sejak mula beroperasi lagi dan sangat rajin mengikuti kelas dan juga program yang dijalankan di PI. Sebelum penglibatan sebagai ahli PI, adik Zidan kurang mendapat pendedahan berkaitan dunia ICT dan hanya mengetahui berkaitan pengunaan Youtube untuk menonton video kegemarannya.
Kesannya, adik Zidan tidak mempunyai keberanian untuk menerokai laman sesawang selain youtube. Tetapi selepas melibatkan diri secara aktif bersama Pusat Internet, kini adik Zidan lebih cekap & mahir menggunakan Komputer terutamanya perisian M. Office, M.Power Point, suntingan video dan juga Pembelajaran secara talian melalui kelas-kelas yang diikuti oleh adik Zidan
Penglibatan Aktiviti dan Kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet telah banyak membantu adik Zidan untuk lebih komited belajar dan menerokai dunia digital dengan lebih selamat.