Kursus Agrobazaar Online Bersama FAMA Daerah Semporna

24 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Telah berlangsung pada 23 Mei 2023 program kolabrasi bersama FAMA Sabah berkenanan Kursus Agrobazaar Online yang bertempat di bilik latihan PEDi Kg Bubul Lama. Kursus yang dijalankan di hadiri seramai 12 peserta usahawan sekitar daerah Semporna. Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan sistem Agrobazaar Online V3 kepada Usahawan bagi memudahkan para usahawan untuk memohon bantuan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak FAMA untuk membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka.

Selain itu juga, sedikit ilmu keusahawanan disampaikan oleh pegawai FAMA En Muhammad Ruzaini Badri dapat membantu para usahawan. Semoga pengisian ilmu yang diberikan dapat membantu para komuniti dan usahawan dapat mengembangkan perniagaan mereka. Terima Kasih Kepada semua yang terlibat diharapkan peserta yang hadir mendapat manfaat dan ilmu baharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali