Program Pemantapan RBT Future Skill For All Siri Microbit
8 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 07 Februari 2023 PEDi Kg Bubul Lama telah mengadakan program kolabrasi Bersama SK Kabogan bagi menjayakan program Pemantapan RBT Future Skill For All Siri Microbit. Program telah dijalankan dengan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid tahun 4 & 5 seramai 51 Orang.
Program dimulakan dengan sesi Klik Dengan Bijak (KDB) kenali Buli Siber dan pengenalan tentang Microbit, asas pengaturcaraan dan juga bimbingan amali yang diketuai oleh kakitangaan PEDi. Diharapkan pelaksanaan program ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada para peserta. Pihak pengurusan juga turut mempelawa para peserta untuk meneruskan pembelajaran di Premis PEDi sekiranya berminat untuk menerokai bidang pengaturcaraan dengan lebih mendalam.
Diucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah atas layanan sepanjang program berjalan. Diharapkan Kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang. Disertakan gambar sepanjang program berjalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: