Kelas Gubahan “Buoquet Surprise”
22 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2023 telah berlangsung Kelas Gubahan “Buoquet Surprise” yang disampaikan oleh Pengurus Renz Organiz Event Puan Rena Ali dengan kehadiran para komuniti daerah Semporna. Selain itu, peserta juga terdiri daripada Usahawan, penggerak NGO dan individu yang terlibat.
Salah satu usaha dalam menggembangkan dan menambah kemahiran komuniti setempat dalam menghasilkan gubahan bunga atau bouquet yang menarik melalui kelas ini. Selain itu juga, sedikit ilmu keusahawanan disampaikan oleh Puan Rena dalam perniagan bouquet ini bagi memberi pendedahan kepada para peserta.
Semoga pengisian ilmu yang diberikan dapat membantu para komuniti mengembangkan perniagaan dengan kemahiran gubahan bouquet yang terbaik. Terima Kasih Kepada semua yang terlibat diharapkan peserta yang hadir mendapat manfaat dan ilmu baharu daripada tenaga pengajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: