Pertandingan Perkasa Mikrobit
12 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2022, PEDI Kg Bubul Lama telah menjalankan pertandingan perkasa Mikrobit bagi meningkatkan kefahaman para peserta tentang pelaksanaan program Digi Future Skill For All (FS4A). Program telah berlangsung selama 2 jam dengan penglibatan seramai 8 Orang Ahli PEDI yang berumur 10 hingga 12 Tahun dengan pematuhan SOP yang ketat. Tujuan program ini juga adalah untuk terus mengasa bakat para peserta dan sekali gus meningkat kemahiran mereka dalam bidang STEM. Diharapkan pelaksaan program ini dapat membuka minda generasi muda untuk terus melibatkan diri dan meneroka bidang teknologi dengan lebih mendalam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: