Jelajah Taklimat Skim Mikro Pemerkasa Keluarga Aspirasi Semporna Sabah

2 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 01 April 2022 (Jumaat), PEDi Kg Bubul Lama telah mengadakan program kolaborasi bersama Aspirasi Semporna Sabah yang merupakan pertubuhan usahawan Daerah Semporna dengan menjemput Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Daerah Semporna dan Tawau untuk memberikan talimat mengenai Skim Mikro Pemerkasa Usahawan Daerah Semporna. Skim Mikro Pemerkasa merupakan inisiatif pihak kerajaan dalam membantu usahawan kecil untuk mendapatkan dana pembiayaan perniagaan dengan mudah dan pulanagan yang rendah.

Justeru itu, PEDi Kg Bubul Lama dan Aspirasi Semporna merupakan sebagai pengerak kepada para usahawan sasar untuk mengikuti skim tersebut dan menikmati kemudahan yang diberikan pihak kerajaan untuk terus berdaya saing dan sentiasa mendapat informasi bagi memajukan perniagaan mereka.

Taklimat yang telah disampaikan oleh Pegawai BSN Cawangan Tawau Puan Rita dengan seramai 16 Orang peserta dan telah berlangsung selama 2 Jam bertempat di bilik latihan PEDi Kg Bubul Lama. Diharapkan taklimat yang telah disampaikan memberi manfaat kepada para usawahan untuk terus mengambil kesempatan ini bagi mengembangkan perniagaan mereka dan membei persaingan yang siahat dikalangan usahawan yang lain. disertakan beberapa gambar sepanjang program berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali