Program Pembangunan Usahawan Bersama MARA
23 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Febuari 2022 (selasa), PEDI Kg Bubul Lama telah mengadakan program kolabrasi bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) cawangan Daerah Semporna. Program Pembangunan Usahawan merupakan antara inisiatif PEDI untuk membantu Industri kecil sederhana yang berada disekitar kawasan PEDI untuk terus berdaya saing dan sentiasa mendapat informasi bagi memajukan perniagaan mereka.
Program telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan MARA iaitu Encik Jaspy dengan jumlah peserta seramai 8 Orang. Sesi ini telah berlangsung selama 2 Jam bertempat di bilik latihan PEDI Kg Bubul Lama. Antara intipati program ini adalah sesi penerangan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak MARA terutamanya berkaitan dengan pembiayaan perniagaan dan juga cara permohonan.
Diharapkan program yang telah dijalankan ini, memberi manfaat kepada para peserta untuk terus bergerak maju mengembangkan perniagaan mereka, seiring dengan perubahan era pendigitalan kini. Berikut disertakan beberapa gambar sepanjang program berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: