FS4A Program Bersama SK Bubul II
28 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 Januari 2022 PEDI Kg Bubul Lam telah mengadakan program kolabrasi Bersama SK Bubul II bagi menjayakan program Future Skill For All Program. Program telah dijalankan selama sejam sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid tahun 4 seramai 32 Orang.
Antara pengisian sepanjang program ialah pengenalan tentang kit micro.bit, asas pengaturcaraan dan juga bimbingan amali yang diketuai oleh kakitangaan PEDi. Diharapkan pelaksanaan program ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada para peserta. Pihak pengurusan juga turut mempelawa para peserta untuk meneruskan pembelajaran di Premis PEDI sekiranya berminat untuk menerokai bidang pengaturcaraan dengan lebih mendalam.
Diucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah khusunya ketua Panitia Reka Bentuk Teknologi SK Bubul II atas layanan sepanjang program berjalan. Diharapkan Kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang. Disertakan gambar sepanjang program berjalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: