Program Pembangunan Perniagaan

9 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 8 November yang lepas telah berlangsung program pembagunan perniagaan bersama Puan Rina Ali merupakan antara usahawan berjaya di daerah Semporna sekali gus pernah memenangi Ikon Usahawan Nona tahun 2022.

Program telah dijalankan selama 3 Jam dengan pengisian yang amat padat dan bermanfaat untuk peserta program terutamanya bagi memulakan perniagaan mereka. Seramai 12 Orang telah mengikuti program yang dijalankan.

Tujuan utama pelaksanaan program adalah memberi tunjuk ajar kepada para bagaimana untuk memulakan asas perniagaan yang kukuh dan juga memberi motivasi kepada usahawan sedia ada untuk lebih bekerja keras mempromosikan produk jualan mereka dengan lebih kreatif.

Semoga pengisian ilmu yang diberikan dapat membantu usahawan mengembangkan perniagaan dengan kemahiran digital yang terbaik. Terima Kasih Kepada semua yang terlibat diharapkan peserta yang hadir mendapat manfaat dan ilmu baharu daripada tenaga pengajar.

Berikut antara gambar sepanjang pelaksanaan program.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali