Program Asas Pengenalan Canva dan Copywriting
15 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13-14 Ogos 2022 telah berlangsung program kolaborasi bersama Sabah Creative Economy and Innovation Centre , Persatuan Usahawan Semporna dan Pedi Bugaya Semporna dengan menjemput para usahawan semporna dalam Program Asas Canva dan Copywriting. Selain itu, peserta juga terdiri daripada Usahawan, penggerak NGO dan individu yang terlibat.
Salah satu usaha dalam menggembangkan dan memanfaatkan digitalisasi kepada para peserta terutama usahawan dan penggerak NGO dalam menghasilkan poster dan copywriting yang baik melalui bengkel asas Canva ini. Selain itu juga, pengenalan mengenai SCENIC dan objektifnya serta pengenalan kepada keusahawanan sosial kepada para peserta juga turut dikongsi agar mereka dapat sedikit info mengenai usaha-usaha yang sedang digerakkan kini.
Semoga pengisian ilmu yang diberikan dapat membantu usahawan mengembangkan perniagaan dengan kemahiran digital yang terbaik. Terima Kasih Kepada semua yang terlibat diharapkan peserta yang hadir mendapat manfaat dan ilmu baharu daripada tenaga pengajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: