FS4A Program Bersama SK Tampi- Tampi
18 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 June 2022, PEDi Kg Bubul Lama telah mengadakan program kolabrasi bersama SK Tampi-Tampi bagi menjayakan Program Future Skill For All (FS4A) Siri Microbit Pengajaran 3. Seramai 61 orang pelajar menyertai program yang bertujuan memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital (PEDI) dan Program FS4A serta memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas pengaturcaraan menggunakan kit microbit.
Pengisian sepanjang program ialah pengenalan tentang kit micro.bit, asas pengaturcaraan dan juga bimbingan amali yang diketuai oleh kakitangaan PEDi. Diharapkan pelaksanaan program ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada para peserta. Pihak pengurusan juga turut mempelawa para peserta untuk meneruskan pembelajaran di Premis PEDI sekiranya berminat untuk menerokai bidang pengaturcaraan dengan lebih mendalam.
Diucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah khusunya ketua Panitia Reka Bentuk Teknologi SK Tampi-Tampi atas layanan sepanjang program berjalan. Diharapkan Kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang. Disertakan gambar sepanjang program berjalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: