Kelas Microbit Bersama Ahli PEDI
11 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniKelas Microbit berjalan seperti biasa di PEDi bagi menambah ilmu pengetahuan mengenai reka bentuk pengaturcaraan menggunakan Microbit yang merupakan cara mudah bagi pelajar mempelajari asas pengaturcaraan. Siri pembelajaran ini berpandukan pengajaran dalam laman Future Skill For All (FS4A) dan terdapat task yang perlu dilengkapkan bagi menyelesaikan kuiz diberikan.
Program ini akan dijalankan secara berterusan untuk memastikan pelajar yang terlibat memperolehi sijil kerana berjaya menghabiskan pembelajaran dalam siri Microbit. Antara pengisian sepanjang program ialah pengenalan tentang kit micro.bit, asas pengaturcaraan dan juga bimbingan amali yang diketuai oleh kakitangaan PEDi. Diharapkan pelaksanaan program ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: