Live Promosi Produk Usahawan PIK Digi Sabah

17 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober 2021, PIK DIGI Sabah telah menjalankan kolabrasi program bagi mempromosikan produk usahawan tempatan yang melibatkan PIK Pulau Bum-Bum, PIK Sungai Imam, PIK Batu Sapi, PIK Sungai Kayu dan Juga PIK Botition secara dalam talian, menerusi Facebook Page PIK Kg Bubul Lama. Tujuan utama program dijalankan adalah untuk membantu usahawan mempromosikan produk mereka meliputi daerah Semporna, Tawau dan Sandakan. Program berlangsung selama 2 jam dan mendapat sambutan yang baik. Diharapkan usaha Pengurus & Penolong Pengurus PIK yang terlibat sedikit sebanyak dapat membantu perniagaan yang diusahakan. Berikut dilampirkan gambar sepanjang program dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali