Jom Tuisyen SPM 2020

20 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Bermula pada 19 Januari 2021 sehingga Bulan Febuari 2021, Pusat Internet DIGI telah menjalankan Kelas e-Learning secara dalam talian bersama Calon SPM 2020 secara PERCUMA. Kelas atas talian menggunakan platform Jom-Tuisyen sebagai medium utama pembelajaran.

Kelas melibatkan para calon SPM yang berminat untuk mengulang kaji pelajaran, Tambahan lagi modul & silibus yang disediakan menerusi platform ini menepati Format yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Kelas Jom Tuisyen ini dijalankan setiap minggu secara atas talian menerusi platform Zoom Metting. Dalam tempoh pelaksanaan program, seramai 90 Peserta telah mengikuti sesi pembelajaran yang telah dijadualkan bersama Staff Pusat Internet. Selain itu, pembelajaran secara fizikal juga telah dijalankan di Pusat Internet menggunakan Platfom ini,khusus untuk calon yang tidak mempunyai akses internet.

Diharapkan perkongsian sedikit sebanyak dapat membantu calon SPM untuk menghadapi peperiksaan kelak.

Berikut disertakan gambar sepanjang kelas dijalankan bersama Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali