Program Asas HTML

26 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2021 bersamaan hari Ahad telah diadakan program asas HTML kepada ahli pusat internet komuniti. Program yang dihadiri oleh 6 orang peserta itu dimulakan dengan pengenalan HTML dan apakah peranan atau fungsi HTML kepada sesebuah laman sesawang.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta kepada kemahiran programming yang boleh menghasilkan laman web sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Program yang berlansung selama 3 Jam itu diisi dengan aktiviti cabaran menghasilkan laman sesawang sendiri.

Setelah itu, program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada ahli PIK yang menyertai program tersebut. Diharapkan program ini dapat sedikit sebanyak memberi ilmu digital kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali