Program E-dagang Shopee dan Lazada Bersama Usahawan Pusat Internet

9 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Ogos 2020, telah berlangsung aktiviti yang melibatkan usahawan pusat internet iaitu program E-dagang Shopee dan Lazada yang telah mengumpulkan beberapa usahawan pusat internet kluster semporna. Program yang berlangsung di Pusat Internet Kg. Tagasan Tani disertai seramai 10 orang usahawan dari semua Pusat Internet Kluster Semporna diadakan bagi menambah pengetahuan para usahawan mengenai platform online yang boleh digunakan untuk memasarkan produk jualan mereka ke seluruh Malaysia. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi modul Shopee dan model Lazada Seller. Program diteruskan dengan pendaftaran akaun baru untuk memudahkan usahawan memperkenalkan dan menjual produk mereka keseluruh Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali