Program Literasi ICT dan Pertandingan Mewarna Tadika Kemas Kg. bubul Lama
14 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mac 2020, PI Kg Bubul Lama telah menjemput Tabika Kemas Kg. Bubul Lama sesi petang yang seramai 20 orang murid dan 2 orang guru pengiring. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tabika kemas mengenai komponen asas ICT dan kegunaannya dan aktiviti diteruskan dengan mengadakan pertandingan mewarna untuk mengasah daya pemikiran kreatitif mereka. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan kelebihan serta perkhidmatan yang terdapat dalam Pusat Internet Kg. Bubul Lama.
Program bermula dengan sesi suai kenal antara murid-murid dan juga staf pusat internet dan kemudiannya, murid-murid telah dikenali dengan dengan komponen atau peralatan asas komputer seperti Monitor, Papan Kekunci dan juga kegunannya. Seterusnya pertandingan mewarna dijalankan bagi mengasah skil mewarna murid-murid dan menguji kreativiti mereka. Oleh itu, Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pihak Tabika Kemas Kg. Bubul Lama sesi petang sudi menerima jemputan dari kami dan dharap program ini juga dapat mengeratkan lagi jalinan antara pengurusan Pusat Internet dan Komuniti di sekitar Kg Bubul Lama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: