Advokasi “Jelajah ICT Sk Pulau Mabul”

13 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2020, Pusat Internet Kluster Semporna telah mengadakan Program Advokasi : Jelajah ICT Ke Sekolah Rendah Pulau Mabul. SK Pulau Mabul telah dipilih sebagai destinasi pertama jelajah pada kali ini. Tujuan Utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada setiap kumpulan sasar tentang kesedaran kepada Dunia Digital Masa ini. Perjalanan dari Jetty Semporna ke SK Pulau Mabul mengambil masa lebih kurang sejam dengan menaiki bot laju. Untuk kali ini seramai 200 peserta program yang terdiri daripada murid sekolah tersebut.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Slot Advokasi Buli Siber, Pengenalan kepada komponen komputer dan juga aktiviti dalam kumpulan. Program berlangsung seawal jam 09.00 Pagi dan berakhir pada jam 12.00 Tengah hari. Semoga pengisian yang disampaikan oleh staff Pusat Internet Kluster Semporna memberi manfaat untuk bekalan masa hadapan dan seterusnya dapat menjayakan misi MCMC untuk menjarakkan jurang digital dalam kalangan kumpulan sasar. Berikut Disertakan beberapa gambar sepanjang program dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali