Program Cakna ICT (SIRI I)

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Febuari 2020, Pi Kg Bubul Lama telah mengadakan program Cakna ICT bersama para ahli. Seramai 20 Orang peserta yang terdiri daripada ahli baharu yang berumur dalam lingkungan 9 Tahun Hingga 15 Tahun telah terlibat menjayakan program tersebut. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti slot advokasi Cyber-Grooming,

Aktiviti berkumpulan serta kuiz dalam talian dan juga beberapa aktiviti yang menguji kemahiran mereka. Program telah berlangsung selama 2 Jam dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah & sesi bergambar. Diharapkan Pengisian Program dapat dimanfaatkan oleh para peserta dan seterusnya menggalakan silaturahim dalam kalangan para peserta. Berikut beberapa gambar sepanjang program berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali