Bengkel Poster dan Pertandingan Mencipta Poster Bertemakan “Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital”

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kluster Semporna telah bekerjasama menjayakan Bengkel Poster yang bertempat di Pusat Internet Kg. Tagasan Tani. Dalam program tersebut, sesi bengkel poster dilakukan terlebih dahulu untuk memperkenalkan aplikasi yang digunakan untuk mencipta atau mereka poster.

Setiap pusat internet diwakili oleh 2 orang peserta, selepas bengkel poster aktiviti diteruskan dengan pertandigan mencipta atau mereka poster dengan tema “Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital”. Bengkel dan pertandigan ini dijalankan bagi mengasah kemahiran mencipta poster menarik setiap ahli pusat internet.

Program yang berlangsung selama 4jam itu diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang mengikuti pertandingan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali