Terokai Dunia Digital Usahawan

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2019 Pusat Internet Kg Bubul Lama dengan kerjasama Puan Irdawaty Jamrah selaku Certificate Master Trainer eUsahawan telah mengadakan kursus usahawan kepada para usahawan muda di daerah ini. Antara tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang aspek penting dalam dunia perniagaan.

Antara yang dipelajari sepanjang kelas ini adalah berkaitan asas usahawan, Kegunaan Media Sosial untuk tujuan pemasaran produk, mobile apps serta teknik copywriting. Diharapkan perkongsian daripada Pn Irdawaty dapat membantu para usahawan untuk lebih sukses dan bersemangat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.  Berikut disertakan gambar program.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali