Program Keusahawanan bersama MARA
26 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 25 Julai 2019, PI Kg Bubul Lama telah mengadakan program keusahawanan melibatkan usahawan di Kg Bubul Lama dengan kerjasama MARA Semporna di bilik latihan Pusat Internet Kg Bubul Lama yang melibatkan serama 14 orang peserta.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para usahawan tentang peluang dan bantuan yang diperoleh daripada MARA. Selain itu, pada sesi kali ini para peserta juga diajar berkaitan cara pengurusan akaun perniagaan yang lebih sistematik untuk rujukan pada masa akan datang.
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Nazrie Bin Mohammad selaku penceramah program dan Pegawai MARA Semporna kerana sudi meluangkan masa bersama komuniti Pi Bubul Lama. Diharapkan segala pengisian sepanjang sesi kali ini dapat dimanfaatkan dan digunakan sebaiknya oleh para peserta yang terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: