Jelajah Didik ICT SMK BUM-BUM

23 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Program Jelajah Didik ICT yang bertempat di SMK Bum-Bum, Pulau Bum-bum Semporna, telah diadakan pada 22 Januari 2019. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan penggunaan internet secara positif dan memberikan pendedahan berteraskan tiga aspek utama iaitu Keselamatan, Kewaspadaan dan Tanggungjawab.

Aktiviti secara berkumpulan berkenaan kebaikan dan keburukan penggunaan internet turut diadakan bertujuan memberikan lebih kefahaman kepada pelajar kebaikan dan keburukan yang perlu mereka ambil perhatian dan jadikan panduan ketika mereka melayari internet terutamanya media sosial.
Program kali ini melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5. Seramai 600 pelajar turut serta dan diadakan dalam dua sesi. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Guru-guru di SMK Bum-bum yang telah memberikan kerjasama sepanjang program dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali