Program Taklimat Skim bersama MPOB

15 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 November 2019, PI Kg Bubul Lama telah mengadakan program Taklimat skim bersama MPOB Semporna dan Tawau yang melibatkan komuniti di Kg Bubul Lama di bilik latihan Pusat Internet Kg Bubul Lama yang melibatkan seramai 10 orang peserta. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti Kg. Bubul Lama mengenai program terbaharu yang terdapat dalam perkhidmatan MPOB. Antara program yang diperkenalkan adalah mengenai Skim TSPKS dan IPPKS.

Selain itu, pendedahan kepada Sijil MSPO untuk memberi maklumat mengenai kepentingan sijil tersebut kepada pekebun kecil. Seterusnya sesi perlesenan di mana pihak MPOB memberi tunjuk ajar kepada para peserta angkah-langkah permohonan lesen melalui online. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pihak MPOB Semporna Encik Izzham dan Pihak MPOB Tawau Puan Nortan kerana sudi meluangkan masa bersama komuniti PI Kg Bubul Lama. Semoga Progam kolaborasi ini dapat memberi pengetahuan dan bermanfaat kepada para peserta yang terlibat. Berikut merupakan gambar sepanjang program dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali