Program STEM
24 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 Oktober 2019, Pusat Internet Kg Bubul Lama telah menerima jemputan untuk turut serta dalam program “Science Technology Engineering Mathematic (STEM) ” anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Semporna & SMK Tagasan bertempat di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Lalang yang bertemakan STEM Tourism Carnival @ Semporna.
Fokus utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan bidang STEM kepada para pengunjung . Program telah berlangsung selama sehari bermula seawall 08.00 Pagi sehingga 04.00 Petang. Pusat Internet diberi peluang untuk berkongsi berkaitan aplikasi lukisan 3D & Penyelenggaran mesin 3D, sekali gus mempromosikan Pusat Internet kepada para pengunjung. Pelbagai lagi input program yang dapat dimanfaatkan oleh para pengunjung yang hadir pada hari tersebut. Diharapkan perkongsian yang diberikan oleh Pusat Internet dapat digunakan untuk masa hadapan. Berikut disertakan beberapa gambar sepanjang sesi berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: