Hari Terbuka PI 2019
29 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 28 September 2019 Pusat Internet Kg Bubul Lama telah mengadakan aktiviti Hari Terbuka Pusat Internet Kg Bubul Lama. Program tahunan ini dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Kampung serta penduduk kampung. Program bermula dengan sesi pendaftaran peserta dan pengedaran risalah mengenai penutupan siaran analog yang beralih ke siaran digital iaitu my Freeview berserta tiket cabutan bertuah pada jam 8 pagi. Setelah sesi pendaftaran selesai, aktiviti diteruskan dengan Senam Aerobik dan Zumba yang diadakan di perkarangan Pusat Internet.
Seterusnya, pertandingan mewarna kategori kanak-kanak bawah 8 tahun dimulakan serentak dengan aktiviti sukaneka memasukkan bola/guli dalam gelas. Aktiviti sukaneka yang dijalankan diselang seli dengan cabutan bertuah bagi memberi semangat kepada para peserta. Aktiviti ‘outdoor’ yang seterusnya cari gula-gula dalam tepung bertujuan menguji kepantasan setiap ahli kumpulan.
Setelah aktiviti ‘outdoor’ selesai dijalankan semua peserta berkumpul didalam Pusat Internet untuk memulakan aktiviti ‘indoor’ iaitu pertandingan kahoot dan makan berkumpulan yang diselang selikan dengan cabutan bertuah. Semua pertandingan dan aktiviti sukaneka yang dijalankan mendapat sambutan memberansangkan dari penduduk kampung disini. Penutup program diakhiri dengan ucapan daripada ketua kampung dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Pusat Internet Kg Bubul Lama juga merakamkan jutaan terima kasih kepada penduduk kampung kerana membantu menjayakan program ini. Dengan itu, disertakan beberapa gambar sepanjang program dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: