Program Lawatan Sambil Belajar Kanak-Kanak Tabika KEMAS Kg. Bubul B
20 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 November 2019, PI Kg Bubul Lama telah menerima lawatan daripada Tabika Kemas Kg. Bubul B seramai 25 orang murid dan 4 orang guru pengiring. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan murid tabika kemas mengenai ICT dan mengasah lagi kemahiran pendidikan mereka dengan menggunakan teknologi. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan kelebihan serta perkhidmatan yang terdapat dalam Pusat Internat Kg. Bubul Lama.
Semasa program berjalan, murid-murid telah diajar mengenai komponen atau peralatan asas computer seperti Monitor, Papan Kekunci dan juga penggunannya. Tambahan lagi, sesi pembelajaran melalui internet dan teknologi juga ditunjukkan bertujuaan memperkenalkan pembelajaran E-Learning kepada murid-murid. Oleh itu, Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pihak Tabika Kemas Kg. Bubul Lama B memilih Puat Internet Kg. Bubul Lama sebagai tempat lawatan untuk memberi pengajaran dan pembelajaran kepada murid Tabika Kemas Kg. Bubul Lama B.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: