Kuiz Kahoot (IT)

25 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Kahoot merupakan antara platform pembelajaran digital berasaskan permainan. Kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan menjadi pilihan ahli Pusat Internet Kg Bubul Lama, untuk menerokai ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, Pertandingan Kuiz Kahoot secara berkumpulan telah dijalankan bagi menguji kepantansan peserta yang terlibat.

Sebanyak 8 Kumpulan telah mengikuti acara tersebut yang telah dijalankan lebih kurang 2 jam. Selain daripada memberi pendedahan tentang pembelajaran digital, diharapkan pertandingan sedemikian dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta untuk digunakan dari masa ke masa. Selain itu, semangat kerja kumpulan yang diterapkan diharapkan dapat merapatkan lagi ukhwah komuniti tempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali