Cara Membuat Email

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Email adalah antara satu medium komunikasi penting pada zaman digital, oleh itu kami di Pusat Internet telah membuat satu kelas khas untuk memberi pemahaman berkenaan kepentingan Email kepada Ahli. Peserta yang hadir telah diajar cara membuat akaun email mereka sendiri. Penerangan ringkas cara membuat dan peserta diberikan peluang membuat sendiri email yang mereka inginkan.

Selama 2 jam kelas berlangsung, mereka sangat gembira dan teruja kerana berjaya membuat akaun email sendiri yang boleh digunakan untuk berinteraksi secara digital. Setelah berjaya membuat akaun email, peserta diajar cara untuk menghantar email kepada rakan mereka dan membalas email tersebut. Perincian mendalam penggunaan email akan diberikan dalam kelas yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali