Family Day Pusat Internet Kluster Semporna
2 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniSempena cuti hari pekerja 1 Mei 2019, Pusat Internet Kluster Semporna telah mengadakan Family Day untuk mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli aktif antara 5 pusat internet di daerah Semporna. Aktiviti tahunan pusat internet kluster semporna ini telah diadakan di Pusat Internet Pulau Bum-Bum.
Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya, bola tampar, dodgeball dan mengangkat tepung menggunakan kotak. Semua aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat memupuk semangat kesukanan dan kerjasama antara peserta. Seramai 25 orang ahli pusat internet telah menyertai family day pada tahun ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: