Explorace ICT Pusat Internet Kluster Semporna

20 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April yang lepas, Aktiviti Explorace ICT melibatkan 5 pusat internet daerah Semporna telah diadakan. Aktiviti ICT ini dijalankan menggunakan aplikasi Action Bound, setiap kumpulan diwakili 5 orang Ahli aktif Pusat Internet. Setiap kumpulan perlu memuat turun aplikasi action bound di telefon pintar masing-masing untuk imbasan kod dan mendapatkan soalan kuiz. Peserta perlu menjawab soalan kuiz dan melakukan semua tugasan yang diberikan untuk mendapatkan klu seterusnya.

Aktiviti ini dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan ict sebagai alternatif kepada pembelajaran mereka. Ia juga dapat menguji sikap bekerja berkumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Explorace ICT kali ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat input yang baik daripada semua peserta. Pelbagai aktiviti lain melibatkan pusat internet daerah akan dilaksanakan untuk menyebarluaskan lagi penggunaan ICT kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali