Explorace ICT

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Bagi menguji pengetahuan ahli pusat internet yang selalu datang kelas ICT, aktiviti Explorace ICT di telah diadakan untuk Ahli. Selain itu, aktiviti ini juga untuk membentuk semangat bekerja berkumpulan sesama mereka. Antara task yang perlu diselesaikan untuk menjadi juara adalah Word Search KDB, yang mana peserta perlu menyelesaikan teka silang kata yang disediakan berkaitan Klik Dengan Bijak yang pernah mereka ikuti.

Task kedua yang perlu diselesaikan menjawab soalan berkaitan internet dan penggunaan internet secara berhemah. Aktiviti ini bertujuan untuk melihat sejauhmana mereka peka dengan penggunaan internet secara berhemah. Task ketiga, peserta di uji dengan penggunaan Microsoft word dan cara menghantar email. Peserta dikehendaki menaip lagu Negaraku mengikut format yang telah ditetapkan dan dikehendaki menghantar menggunakan email.

Melalui aktiviti yang dilakukan dapat dilihat peserta yang dapat mengaplikasikan semua pembelajaran dengan baik dan dapat menyiapkan tugasan dengan pantas. Aktiviti ini juga diharap dapat menarik lebih ramai pelajar untuk belajar ICT untuk menambahkan pengetahuan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali