E-Game Kluster Semporna

20 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2019, Pusat Internet Kluster Semporna telah mengadakan Pertandingan E-sport yang melibatkan penyertaan ahli-ahli setiap PI. Program Kolabrasi kali ini melibatkan Pusat Internet Pulau Bum-Bum, Pusat Internet Kg Bugaya, Pusat Internet Kg Menteritp dan juga Pusat Internet Kg Tagasan Tani yang juga merupakan tuan rumah pertandingan kali ini.

Seramai 20 Orang Ahli PI yang masing-masing 4 orang mewakili setiap PI. Program telah berjalan selama 2 Jam dan di menangi oleh wakil daripada Pusat Internet Kg Bugaya. Diharapkan program yang telah dijalankan ini berjaya mencapai objektif pelaksanaanya iaitu untuk menarik minat generasi muda untuk memanfaatkan penggunaan ICT dengan lebih maksimum lagi. Selain itu, program kolabrasi yang diadakan ini juga diharapkan dapat merapatkan jurang sosial komuniti tempatan.

Walaupun wakil Pusat Internet Kg Bubul Lama, hanya Berjaya mendapat tempat ke-empat, namun pengalaman yang diperoleh oleh para peserta adalah lebih bernilai. Berikut disertakan beberapa gambar semasa program diadakan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali