Bengkel Asas ICT Sekolah Alternatif Semporna

2 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1hb februari yang lepas, Pusat Internet Kluster Semporna telah mengadakan Program Bengkel Asas ICT di Sekolah Alternatif, TFTN Kg Air. Bengkel yang dijalankan selama 3 jam itu memberi pendedahan kepada pelajar asas-asas penggunaan komputer. Selain memberikan pengenalan tentang komputer, bengkel ini juga memberikan peluang kepada pelajar mempelajari cara menaip dan sedikit asas menggunakan Microsoft Office Word. Bahagian kedua program bengkel ini, pelajar diberikan pendedahan cara melukis menggunakan Paint.

Bagi memberikan keseronokan kepada pelajar untuk belajar menggunakan ICT sebagai medium pembelajaran, Game Kahoot berkenaan asas ict telah diadakan untuk menguji tahap kefahaman pelajar semua yang telah diajar semasa bengkel. Program selama 3 jam yang diadakan diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada semua 45 orang pelajar Sekolah Alternatif berkenaan penggunaan ICT. Program ini dijalankan hasil kerjasama 5 Pusat Internet Kluster Semporna dan dimeriahkan dengan kehadiran Encik Firman Alias, Pegawai MCMC Tawau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali