Advokasi Staff Pusat Internet Kluster Semporna

7 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6hb Februari yang lepas, telah diadakan Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi untuk semua Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Kluster Semporna. Advokasi ini bertujuan untuk melatih Staff sebagai persediaan untuk menyampaikan latihan dan mesej-mesej berkaitan keselamatan Penggunaan Internet kepada penduduk setempat di kawasan masing-masing.

Advokasi ini merangkumi pelbagai modul terkini berkenaan penggunaan internet secara positif dan berhemah. Aktiviti latihan serta rancangan untuk mengajar juga diberikan penekanan untuk memastikan khalayak yang akan disampaikan nanti akan dapat menerima mesej MCMC ini dengan baik. Advokasi ini telah disampaikan oleh 3 orang Pengurus Pusat Internet iaitu Rozaine, Zarith Sofea dan Normi. Turut hadir memberikan tambahan input advokasi pada kali ini adalah pihak MCMC HQ, Pengarah MCMC Sabah dan MCMC Tawau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali