Advokasi Klik Dengan Bijak Di SMK Kabogan II

17 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2019, Program Jelajah Didik ICT telah dijalankan di SMK Kabogan II Semporna Objektif utama pelaksanaan program pada kali ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan di PI. Sekali gus, bersama meningkatkan kesedaran siber kumpulan sasar. Program kali ini fokus kepada golongan remaja dalam lingkungan umur 15 hingga 17 tahun.

Pelbagai topik yang telah dikongsikan oleh staff PI bersama pelajar yang terlibat sepert Buli siber, Siber grooming dan juga kesan ketagihan Internet. Selain itu, beberapa Aktiviti juga telah diadakan untuk menguji sejauh mana para peserta memahami topik yang ingin disampaikan. Program bermula seawal 8.00 am dan berakhir pada 12.00 pm. Diharapkan, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan dapat dimanfaatkan oleh para peserta. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kedatangan pihak Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali