Sambutan Hari Raya Pusat Internet
23 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniSempena kedatangan syawal, Pusat Internet Kg Bubul Lama turut tidak ketinggalan mengadakan Sambutan hari raya bersama ahi-ahli pusat internet. Sambutan kali ini berkonsepkan potluck yang mana masing-masing membawa makanan untuk di makan bersama.
Bagi memeriahkan suasana terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan untuk mengeratkan lagi persahabatan antara semua ahli. Antara aktiviti yang dijalankan Bottle Flip dan Lastik syiling. Cabutan tiket bertuah juga dilaksanakan selang seli dengan aktiviti.
Bagi memberikan kesedaran penggunaan internet secara berhemah, Advokasi klik dengan bijak turut diberikan kepada semua yang hadir. Aktiviti diakhiri dengan jamuan dan sesi bergambar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: