Perlawanan Bola Sepak 9-Sebelah
10 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 hingga 9 Disember 2018, Pusat Internet Kg Bubul Lama dan Pusat Internet Pulau Bum-bum telah bekerjasama dengan Persatuan Belia Senja Permai telah mengadakan Pertandingan Bola Sepak 9-Sebelah yang bertempat di Kg Terusan Labayan, Pulau Bum-bum. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Pulau Bum-bum.
Selain pertandingan bola sepak, Pusat Internet telah turun sama untuk memberi kesedaran mengenai fungsi Pusat Internet, Penggunaan internet dan Klik Dengan Bijak kepada penduduk kampung. Sukaneka untuk golongan dewasa dan kanak-kanak juga diadakan untuk memeriahkan lagi suasana tapak perlawanan. Majlis penyampaian hadiah dan Penutup Program telah dirasmikan oleh Ybhg Tuan Zulkifli Bin Allani, Setiausaha Politik Kementerian, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: