Hari Terbuka Pusat Internet Kg Bubul Lama

26 November 2018 | Aktiviti Terkini

Hari Terbuka Pusat Internet Kg Bubul Lama telah diadakan pada 25 November yang lepas, program hari terbuka ini adalah yang pertama kali diadakan di PI Kg Bubul Lama. Program ini telah hadiri oleh penduduk kampung dan di meriahkan dengan kehadiran Ketua Kampung Encik Hj Abdullah Chik. Program bermula jam 8 Pagi iaitu sesi pendaftaran dan pemberian tiket cabutan bertuah. Selesai pendaftaran aktiviti dimulakan dengan Senam Aerobik yang diadakan di perkarangan Pusat Internet. Selepas senam aerobik, pertandingan mewarna dan sukaneka dijalankan.

Semua aktiviti sukaneka terpaksa diadakan di dalam PI disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Walaupun diadakan dalam ruang yang sangat kecil, semua aktiviti dapat dijalankan dengan sangat meriah dan mendapat sambutan daripada semua yang hadir. Aktiviti sukaneka yang diadakan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori kanak-kanak dan dewasa.

Bagi aktiviti kanak-kanak, sukaneka belon dan cari gula-gula dalam tepung telah diadakan. Bagi kategori dewasa, ‘Model Vogue’ iaitu membuat pakaian tercantik menggunakan surat khabar dan pertandingan makan kuih paling pantas telah diadakan. Program diakhiri dengan ucapan daripada ketua kampung dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali