Kelas ICT Mingguan (Power Point & Word)

12 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT bulan Ogos melibatkan beberapa orang Ahli PI yang baru, kelas pada kali ini memberi pendedahan mengenai cara membuat carta organisasi yang mudah dan kemas menggunakan Microsoft Word. Peserta diajar langkah demi langkah sehingga mereka Berjaya membuat satu carta organisasi. Selain itu, cara menyiapkan satu slide pembentangan yang melibatkan penggunaan gambar menggunakan Power Point juga menjadi fokus dalam kelas ICT bulan Ogos.

Peserta diajar cara mudah memasukkan gambar dan cara menjadikan slide pembentangan menjadi lebih menarik. Menyedari masih banyak kekurangan dalam penguasaan bidang ICT dalam kalangan pelajar terutamanya komuniti yang tinggal di Kg Bubul Lama, kelas ICT ini akan dilakukan secara berterusan dan berulang kali agar mereka menjadi seorang celik IT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali