Kursus eUsahawan MDEC
07 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 hingga 6 Ogos 2018, Kelas eUsahawan anjuran Mdec telah diadakan di Training Room Pusat Internet Kg Bubul Lama selama 3 hari. Seramai 63 orang yang terdiri daripada usahawan daerah Semporna telah datang untuk mempelajari teknik pemasaran digital daripada jurulatih Puan Irdawaty Jamrah. Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawan digital dalam kalangan golongan belia dan usahawan mikro.
Para peserta telah diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Semasa kursus juga usahawan terlibat telah diajar cara untuk membuat Fb Page dan Instagram untuk memudahkan lagi memperkenalkan produk jualan kepada umum. Selain itu, peserta juga diajar pengiraan keuntungan secara ringkas untuk memastikan perniagaan yang dijalankan sentiasa berkembang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: