E-Learning (Multiplication)

14 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pembelajaran melalui website www.multiplication.com telah diadakan untuk memberi kelainan dalam pembelajaran. Disamping memberikan pendedahan pebagai platform untuk belajar dengan lebih mudah dan menarik minat untuk mendalami mata pelajaran matematik. Melalui website ini, setiap peserta kena menjawab soalan matematik yang diberikan dengan betul untuk meneruskan permainan. Selain bermain secara individu, website ini memberi peluang kepada peserta untuk berlawan sesama mereka untuk mendapatkan mata tertinggi. Kemudahan ini dilihat mampu meningkat kemampuan peserta untuk menjawab soalan matematik dengan baik disamping dapat meningkatkan penguasaan sifir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali