Pertandingan Mewarna Sempena Hari Malaysia
8 September 2018 | Aktiviti TerkiniSempena sambutan Hari Malaysia, Pusat Internet Kg Bubul Lama dengan kerjasama pihak pengurusan Tadika Kemas Kg Bubul Lama telah mengadakan Pertandingan Mewarna. Pertandingan kali ini disertai seramai 46 Orang pelajar yang terdiri daripada pelajar berumur 5 dan 6 tahun.
Aktiviti ini dilaksanakan untuk menyemarakkan lagi rasa cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak, selain mendedahkan mereka kepada warna-warna dalam jalur gemilang, bunga kebangsaan dan kepelbagaian pelbagai kaum di Malaysia melalui lukisan yang mereka warna.
Program ini juga diharap dapat mengeratkan lagi jalinan antara pengurusan Pusat Internet dan Komuniti di sekitar Kg Bubul Lama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: