Junior Chef (Cheesekut Project)
30 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 29 September, Pusat Internet telah menganjurkan aktiviti membuat cheesekut untuk Ahli yang berumur 5 hingga 12 tahun. Aktiviti yang dinamakan “Junior Chef” ini adalah untuk berkongsi cara membuat snek yang mudah.
Penggunaan bahan yang mudah dan aktiviti ini juga boleh dilakukan sendiri di rumah dengan pengawasan yang sangat minima. Aktiviti yang dilaksanakan juga diharap dapat membina kemahiran pelajar yang terlibat dalam dunia masakan.
Seramai 10 orang Ahli telah menyertai aktiviti kali ini sangat gembira kerana dapat merasai pengalaman mengadun dan menghias sendiri cheesekut tersebut, mereka juga sangat teruja kerana dapat makan hasil daripada air tangan mereka sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: