Program Jom Sihat
21 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniProgram Jom Sihat bersama Ahli dan Staff Pusat Internet ini sebagai menyahut seruan Hari Sukan Negara. Program yang diadakan pada hari Sabtu bermula jam 7.30 pagi di mulakan dengan aktiviti senam robik yang di pimpin oleh adik Puteri. Aktiviti ini untuk membudayakan semangat kesukanan dan senaman untuk kesihatan.
Aktiviti ini juga untuk merapatkan lagi persahabatan antara staff dan Ahli PI yang rata-ratanya antara Ahli aktif yang kerap menggunakan fasiliti yang disediakan dan menjadikan PI sebagai tempat mereka belajar tentang penggunaan ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: