Asas Komputer Ahli Baru Pusat Internet
17 Mei 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 16 Mei lepas Pusat Internet telah mengadakan kelas asas komputer khusus untuk Ahli yang baru berdaftar dengan Pusat Internet. Pendedahan asas penggunaan komputer dijalankan untuk memberi pendedahan awal tentang penggunaan komputer.
Ahli baru ini yang terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Bubul 2, belum mempunyai asas penggunaan komputer. Oleh itu, Pusat Internet mengambil inisiatif memberi pendedahan awal kepada pelajar ini agar dapat menggunakan komputer dengan sebaiknya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: