Pertandingan Video Pendek

15 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Oktober, seramai 10 orang Ahli PI yang terdiri daripada pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 1 menyertai pertandingan menyediakan video pendek. Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan di minta untuk menghasilkan video pendek yang menarik mengikut kreativiti mereka sendiri.

Pertandingan ini bertujuan untuk melihat hasil pembelajaran yang telah diberikan kepada Ahli. Mereka diminta untuk mengaplikasikan pembelajaran Movie Maker yang telah diajar sebelum ini. Hasilnya agak baik walaupun ini adalah kali pertama mereka menghasilkan sendiri video dengan sedikit tunjuk ajar daripada Staff PI. Diharapkan program seperti ini akan membuka minda setiap Ahli terutamanya pelajar sekitar Kg Bubul Lama ini untuk menyertai lebih banyak pertandingan seperti ini di tempat lain.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali